PETUA ORANG LAMA 4

PETUA ORG2 TUA

Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif


PERINGATAN KEPADA PEMBACA BLOG INI:
Maklumat yang dipaparkan diatas adalah hanya pengetahuan am sahaja dan sekiranya anda sebagai pembaca menjadikannya panduan untuk di praktiskan pada diri anda sendiri atau sesiapa juga atas kerelaan diri sendiri dan jika ada berlaku sebarang masaalah pada kesihatan atau kecacatan fisikal , ia tertanggung pada diri anda sendiri .

























JAMIL PONIRAN-JAVANESE DESCENDANT RESIDING IN GOMBAK

Persekolahan bermula di Sekolah Rendah Kg.Raja
Sek. Men. Sultan Alauddin Rakyat Shah Pagoh 1972
Setiap hari ke Sekolah Tinggi Muar berbasikal tua
Walaupun penat syukurlah MCE dapat juga pangkat 2

Melanjutkan pelajaran ke ITM tahun 1975
Jurusan diambil memang tidak dijangka,
Maklum sajalah ,masa itu tak kira apa asalkan ada,
Akhirnya tercapai juga apa yang dicita
Walaupun tak berapa faham bahasa yang diguna .

Tahun 1979 amat mudah mendapat kerja
Asalkan mahu bekerja ,kabel pun tak perlu diguna
Hari ini ditemuduga ,esok dah mula kerja

Walaupun bekerja ,peningkatan diri tak pernah di lupa
Bidang pengurusan perniagaan dilanjutkan usaha
Dua bidang yang berlainan membina kerjaya
Lebih 30 tahun menabur bakti kepada negara
Dan tak lupa juga untuk keluarga yang tercinta

Kini anak-anak sudah dewasa
Manakala usia semakin tua
Masa untuk bersara semakin tiba
Doa pada Allah moga-moga dilanjutkan usia
Untuk menabur bakti kejalan yang lebih mulia
Sebelum alam yang abadi menjemput kita .