Wednesday, June 27, 2012

MY CV

Pengalaman:


Memulakan kerjaya di Bank Pembangunan pada tahun 1979 sebagai Pegawai Projek . Ditugaskan di Cawangan Johor Baharu selama 3 tahun dan diberikan tanggungjawab membantu operasi cawangan didalam memberikan kemudahan pinjaman kepada sektor pembuatan, pengangkutan, perkhidmatan termasuk perkhidmatan professional , pelancungan dan pembangunan tanah perumahan. Mendapat pendedahan didalam menilai setiap projek , menyelia kemajuannya dan membuat pungutan bayaran .

Juga diberikan tanggungjawab mengendalikan projek –projek yang bermasaalah untuk di pulihkan serta telah juga berjaya membantu membangunkan projek baru yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri Johor .

Dari tahun 1981 hingga 1984 telah diberi tanggungjawab mengendalikan tabung pembangunan tanah perumahan bernilai RM 60 juta di Ibu Pejabat.

Dari tahun 1984 hingga 2006 telah dipinjamkan ke BPMB Urus Harta Sdn Bhd ,sebuah anak syarikat milik penuh Bank Pembangunan dan dilantik sebagai Pengurus Besar dan Setiausaha Syarikat. Bertanggungjawab sepenuhnya didalam pengurusan ,operasi dan pentadbiran syarikat yang merangkumi pengurusan keewangan, pemasaran, pengurusan projek, pengurusan sumber manusia dengan aktiviti utama syarikat adalah didalam bidang pembinaan bangunan, pengurusan harta dan pengurusan kemudahan.

Dari tahun 2006 hingga 2010 telah dilantik sebagai Penolong Timbalan Presiden dan Ketua Pengurusan Harta dan Pentadbiran Bank Pembangunan disamping memegang jawatan Pengarah didalam BPMB Urus Harta Sdn Bhd . Bertanggungjawab keatas segala harta Bank Pembangunan dan pentadbirannya .

Bersara pada tahun 2010 dan dengan pengalaman yang luas selama 31 tahun didalam aspek pengurusan keewangan , sumber manusia , pembinaan dan penyelengaraan bangunan, pengurusan kemudahan , pengurusan risiko serta pengurusan dan pentadbiran syarikat , telah diberikan kepercayaan menjadi perunding kepada beberapa buah syarikat disamping dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi PIMPIN Berhad dan sebagai Pengarah Eksekutif Global Property Services Sdn Bhd dan Pengerusi GPS Facilities Management Sdn Bhd.

Monday, September 26, 2011

Come and open RCKB's trip to Makassar photos album i've downloaded in this web address
http://www.flickr.com/photos/jamilponiran

JAMIL PONIRAN-JAVANESE DESCENDANT RESIDING IN GOMBAK

Persekolahan bermula di Sekolah Rendah Kg.Raja
Sek. Men. Sultan Alauddin Rakyat Shah Pagoh 1972
Setiap hari ke Sekolah Tinggi Muar berbasikal tua
Walaupun penat syukurlah MCE dapat juga pangkat 2

Melanjutkan pelajaran ke ITM tahun 1975
Jurusan diambil memang tidak dijangka,
Maklum sajalah ,masa itu tak kira apa asalkan ada,
Akhirnya tercapai juga apa yang dicita
Walaupun tak berapa faham bahasa yang diguna .

Tahun 1979 amat mudah mendapat kerja
Asalkan mahu bekerja ,kabel pun tak perlu diguna
Hari ini ditemuduga ,esok dah mula kerja

Walaupun bekerja ,peningkatan diri tak pernah di lupa
Bidang pengurusan perniagaan dilanjutkan usaha
Dua bidang yang berlainan membina kerjaya
Lebih 30 tahun menabur bakti kepada negara
Dan tak lupa juga untuk keluarga yang tercinta

Kini anak-anak sudah dewasa
Manakala usia semakin tua
Masa untuk bersara semakin tiba
Doa pada Allah moga-moga dilanjutkan usia
Untuk menabur bakti kejalan yang lebih mulia
Sebelum alam yang abadi menjemput kita .