CATATAN saya


Pada 10 Jun 2010 jam 11.41 hari Khamis malam Jumaat ayahanda yang amat saya sayangi Hj. Poniran bin Parso telah kembali ke Rahmatullah  pada usianya ke 79 tahun . Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir beliau di hadapan  adinda saya Aziz Poniran di Wad 18 Hospital Sultanah Fatimah Muar setelah sempat dirawat selama seminggu akibat demam dan sakit kepala.
Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Olak Sepam Pagoh pada jam 10.30 pagi Jumaat, 11 Jun 2010.
Saya mewakili Ibunda saya  Hjh Kintan bte Salam dan seluruh keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat, rakan dan taulan serta kenalan Allahyarham dan keluarga yang telah sama-sama hadir menzirahi jenazah dan juga membantu didalam mengurus dan menyembahyangkan  jenazah serta memberikan penghormatan sehingga ke tanah perkuburan.

 Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut serta semua penduduk Kg. Gelam dan Kg. Semeriut Pagoh yang telah sama-sama menghadiri majlis tahlil selama 3 malam berturut . Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas beliau.
Al-Fatihah Amin.

Secara kebetulan juga pada 11 Jun 2010 adalah merupakan hari pertama saya mula bersara awal .
Sesungguhnya hari Jumaat tersebut adalah hari yang sudah tentu tidak dapat saya lupakan  dalam hidup saya

JAMIL PONIRAN-JAVANESE DESCENDANT RESIDING IN GOMBAK

Persekolahan bermula di Sekolah Rendah Kg.Raja
Sek. Men. Sultan Alauddin Rakyat Shah Pagoh 1972
Setiap hari ke Sekolah Tinggi Muar berbasikal tua
Walaupun penat syukurlah MCE dapat juga pangkat 2

Melanjutkan pelajaran ke ITM tahun 1975
Jurusan diambil memang tidak dijangka,
Maklum sajalah ,masa itu tak kira apa asalkan ada,
Akhirnya tercapai juga apa yang dicita
Walaupun tak berapa faham bahasa yang diguna .

Tahun 1979 amat mudah mendapat kerja
Asalkan mahu bekerja ,kabel pun tak perlu diguna
Hari ini ditemuduga ,esok dah mula kerja

Walaupun bekerja ,peningkatan diri tak pernah di lupa
Bidang pengurusan perniagaan dilanjutkan usaha
Dua bidang yang berlainan membina kerjaya
Lebih 30 tahun menabur bakti kepada negara
Dan tak lupa juga untuk keluarga yang tercinta

Kini anak-anak sudah dewasa
Manakala usia semakin tua
Masa untuk bersara semakin tiba
Doa pada Allah moga-moga dilanjutkan usia
Untuk menabur bakti kejalan yang lebih mulia
Sebelum alam yang abadi menjemput kita .