NASI BRYANI JOHOR


NASI BRIYANI GAM JOHOR


BAHAN UNTUK NASI ( 20 orang makan )


  1. Beras Basmathi ( Faezah atau setaraf dengannya ) - 5 kilo
  2. Minyak Ghee /Sapi                                               - 1 tin kecil
  3. Susu cair   ( Evaporated Milk )                             -  2 tin
  4. Rempah Tumis ( Bunga Lawang, Buah pelaga dll)  - 2 paket kecil
  5. Bawang Besar  ( Di layang )                                  - 500 grm
  6. Bawang Kecil  ( Di kisar )                                     - 250 grm
  7. Halia  ( Dikisar )                                                    - 100 grm
  8. Serai  ( Dikisar )                                                    - 3 batang
  9. Daun Pandan                                                         - 5 helai
  10. Kismis  ( Digoreng dan ditoskan )                           - 100 grm
  11. Pewarna kuning
  12. Garam dan serbuk perasa                                       - secukup rasa
  13. Kain kasa ( tudung perempuan pun ok )

CARA MEMASAK NASI


  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis ( kurangkan kayu manis ) hingga
Naik baunya.
  1. Masukkan halia, bawang besar dan bawang kecil serta serai hingga naik bau
  2. Masukkan daun pandan
  3. Tuangkan air ( kuantiti sama dengan kuantiti beras mengikut volume )
  4. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih sebentar
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa
  6. Bila sudah mendidih sepenuhnya masukkan beras yang telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau dan biarkan ia masak. Kecilkan apinya
  7. Bila nasi sudah 80% masak , masukkan kismis dan pewarna dan kacau hingga nasi kering 95 %
  8. Angkat periuk dan tuangkan nasi kedalam kain kasa yang telah di letakkan didalam periuk berisi daging briyani dengan hujung kain di luar mulut periuk
  9. Tampalkan bibir periuk dengan gam yang dibuat dengan tepung yang telah dibancuh dengan air
  10. Tutup periuk dan biarkan ia masak dengan api luar periuk yang paling kecil (guna Bahang api sahaja)
  11. Apabila gum meletup ( asap sudah keluar dari tepi mulut periuk ) bermakna nasi telah masak sepenuhnya
  12. Angkat nasi dan hidangkan dengan lauknya

JAMIL PONIRAN-JAVANESE DESCENDANT RESIDING IN GOMBAK

Persekolahan bermula di Sekolah Rendah Kg.Raja
Sek. Men. Sultan Alauddin Rakyat Shah Pagoh 1972
Setiap hari ke Sekolah Tinggi Muar berbasikal tua
Walaupun penat syukurlah MCE dapat juga pangkat 2

Melanjutkan pelajaran ke ITM tahun 1975
Jurusan diambil memang tidak dijangka,
Maklum sajalah ,masa itu tak kira apa asalkan ada,
Akhirnya tercapai juga apa yang dicita
Walaupun tak berapa faham bahasa yang diguna .

Tahun 1979 amat mudah mendapat kerja
Asalkan mahu bekerja ,kabel pun tak perlu diguna
Hari ini ditemuduga ,esok dah mula kerja

Walaupun bekerja ,peningkatan diri tak pernah di lupa
Bidang pengurusan perniagaan dilanjutkan usaha
Dua bidang yang berlainan membina kerjaya
Lebih 30 tahun menabur bakti kepada negara
Dan tak lupa juga untuk keluarga yang tercinta

Kini anak-anak sudah dewasa
Manakala usia semakin tua
Masa untuk bersara semakin tiba
Doa pada Allah moga-moga dilanjutkan usia
Untuk menabur bakti kejalan yang lebih mulia
Sebelum alam yang abadi menjemput kita .